KEK ANGEL

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A

320 gm putih telur(8 biji telur)
120 gm gula kastor
1/4 sudu kecil garam

 

BAHAN B

1 sudu besar jus lemon
Parutan kulit lemon

 

BAHAN C

30 gm ceri merah – potong dadu
30 gm ceri hijau – potong dadu
30 gm coklat rice

 

BAHAN D

100 gm tepung gandum – ayak

 

CARA MENYEDIAKAN

1.Panaskan ketuhar  dengan suhu 180C.

2. Pukul putih telur hingga berbuih.Masukkan gula dan garam.  Pukul sehingga pekat dan gebu.

3. Masukkan tepung gandum dan pukul dengan cara kaup dan balik.

4. Letakkan jus lemon, parutan kulit, ceri merah,hijau dan coklat rice. Kaup dan balik.

5. Masukkan ke dalam loyang kek sifon dan bakar selama setengah jam.

6. Apabila sudah masak, keluarkan segera dari ketuhar.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan