Bahan A
50 gm gula jadikan gula hangus(menggunakan acuankek)
3 biji kuning telur
40 gm gula pasir
1 cawan susu cair
1 sudu besar kastard
Bahan B
2 biji kuning telur
100 gm tepung naik sendiri
40 gm gula pasir
35 gm minyak jagung
95 gm air
1 sudu kecil vanila
Bahan C
5 biji putih telur (pastikan semasa mengasingkan telur jangan sekali-kali tercampur sedikit kuning telur ke dalam putih telur)
1/2 sudu kecil krim tartar
Bahan D
Pewarna merah dan hijau
CARA MENYEDIAKAN
1.Satukan kesemua bahan A kecuali gula hangus. Kacau sebati.
2. Bila dah sebati masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi dan bakar ia dengan cara `waterbath’ (guna satu bekas yang berisi sedikit air dan loyang kek direndam di dalamnya dan masukkan dalam ketuhar)
3. Bakar selama 20 minit dengan suhu 190C.
4. Kemudian bahan Bdigaul sebati. Manakala bahan C pula dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga gebu.Campur bahan C ke dalam bahan B dan bahagikan kepada dua bahagian dan masukkan pewarna.
5.Bila karamel dah masak, keluarkan dan masuklah adunan kek tadi secara berselang warnanya.
6.Bakar dengan kaedah yang sama selama 25 – 30 minit atau sehingga masak.