BAHAN:
5 biji kentang – dihiris bulat sederhana tebal
5 biji telur ayam
½ cawan keju cheddar diparut
Sedikit minyak
BAHAN SOS:
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 ½ cawan susu segar
2 susu besar tepung gandum
1 kiub pati ayam
Sedikit herba pasli
Garam dan lada secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA
- Oleskan minyak pada acuan dan susunkan kentang di bahagian bawah acuan.
- Pecahkan sebiji telur dan susun semula kentang. Ulang proses sehingga kentang dan telur habis.
- Tumis bawang putih dengan sedikit minyak dan masukkan susu dan kiub ayam. Kacau sebati.
- Jika sos agak cair masukkan tepung dan kacau sentiasa supaya tidak berketul.
- Masukkan herba pasli dan ubahsuai garam serta lada mengikut cita rasa anda. Masak sehingga sos pekat.
- Tuang sos ke dalam acuan dan pastikan sos menyeliputi segenap acuan dan bakar selama satu jam pada suhu 170⁰C sehingga masak.
- Enak dihidangkan bersama sos cili atau tomato.