BAHAN
6 biji telur – rebus & kupas kulitnya
1 peket kecil serbuk rempah kurma
3 biji bawang Bombay – potong dadu
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
1 biji cili merah
½ cawan susu cair
1 ½ cawan air
1 keping asam gelugur
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA
- Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
- Masukkan bawang Bombay dan tumis sehingga kuning. Masukkan rempah kurma tumis sehingga pecah minyak.
- Tuang air dan kacau sebati. Masukkan susu dan telur. Kecilkan api dan masak sehingga hampir pekat.
- Masukkan cili dan asam gelugur, masak sehingga kuah pekat. Ubahsuai rasa dengan garam dan gula mengikut cita rasa anda.