BAHAN

1 ½ kg ayam – potong kecil

1 sudu besar serbuk kunyit

4 cawan santan

2 helai daun kunyit

2 sudu besar kerisik

Perahan air asam jawa

Garam secukup rasa

 

BAHAN KISAR

20-40 tangkai cili padi

1.5 inci halia

2 cm lengkuas

3 batang serai

12 ulas bawang merah – hiris

6 ulas bawang putih – hiris

 

CARA

  1. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali (kering) bersama campuran yang telah dikisar dan serbuk kunyit.
  2. Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala.
  3. Kemudian baru masukkan santan dan tunggu hingga sehingga menggelegak. Kacau sekali sekala sambil masukkan sedikit garam.
  4. Apabila kuahnya pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa. Setelah hampir pekat, baru masukkan kerisik. Masak di atas api yang sederhana sehingga masak.