BAHAN:
1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang – potong panjang
1 batang lobak merah
3 batang kacang panjang
2 biji terung panjang
1 biji kentang – potong 8
2 keping fucuk – rendam dan potong kecil
1 ikat soohoon – rendam dan potong kecil
1 keping tempe – potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu – potong kecil dan goreng
2 tangkai cili merah – hiris
2 batang serai – ketuk
1 cawan udang hidup – buang kulit
2 kotak santan
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
1 cm kunyit hidup
2 sudu besar udang kering – rendam dan tos
CARA:
- Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.
- Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.