BAHAN:
½ cawan mentega
2 biji telur
1/3 cawan gula perang
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan tepung gandum serbaguna
2 sudu besar tepung jagung
1 bekas aiskrim perasa vanila
2 bar coklat sneakers – dihiris nipis
CARA:
- Campurkan aiskrim vanila dengan coklat sneakers sehingga sebati dan bekukan di dalam peti sejuk.
- Gaul telur, mentega dengan gula sehingga berkrim dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati.
- Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam dan tuang ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sehingga sebati.
- Paipkan ke dalam ketuhar mengikut citarasa anda dan bakar pada suhu 180⁰C selama 15 minit sehingga masak.
- Kemudian sudukan aiskrim dan isikan di antara dua bahulu ataupun dihias mengikut kreativiti anda.