BAHAN:
12 biji tart shell
BAHAN KASTARD:
1 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar mentega
Secubit garam
BAHAN HIASAN:
Strawberri segar secukupnya
Kiwi secukupnya -hiris
Mangga secukupnya
Pic dalam tin – hiris
CARA:
- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla dalam periuk. Kacau hingga sebati.
- Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu.
- Matikan api, masukkan esen vanila dan mentega.
- Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
- Ambil satu kulit tart kemudian sudukan kastard hanya setengah sahaja.
- Susunkan buah-buahan mengikut citarasa anda.