BAHAN:
500 ml krim masakan
50 gm gula kastor
7 gm agar-agar
1 sudu kecil perasa vanila
Sedikit kelapa kering untuk hiasan
CARA:
- Rendamkan agar-agar dengan air sejuk peti ais selama 10 minit.
- Masukkan krim ke dalam periuk dan masak dengan api kecil.
- Kemudian masukkan 60 gram gula tadi, kacau hingga larut.
- Selepas itu, masukkan pula perisa vanila tadi dan kacau rata.
- Apabila campuran sudah mulai mendidih, ambil agar-agar yang direndam dan toskan. Kacau sehingga agar-agar larut sepenuhnya.
- Tutup api dan tapiskan campuran tersebut dan tuang ke dalam bekas puding.
- Sejukkan dengan suhu bilik terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
- Salutkan dengan kelapa parut sebelum dihidang.