BAHAN
300 gm daging batang pinang – kelar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil herba parseli
Garam secukup rasa
BAHAN SOS
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 cawan kacang pis
1 cawan susu segar
2 susu besar tepung gandum
1 kiub pati ayam
Sedikit herba parseli
Garam dan lada secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA
- Lumurkan serbuk kunyit, garam, herba pasli pada daging dan bakar pada suhu 150⁰C selama satu jam setengah.
- Tumis bawang putih dengan sedikit minyak dan masukkan kacang pis. Tumis sehingga kacang empuk.
- Tuang susu dan kiub ayam. Kacau sebati. Jika sos agak cair masukkan tepung dan kacau sentiasa supaya tidak berketul.
- Masukkan herba parseli dan ubahsuai garam lada mengikut cita rasa anda. Masak sehingga sos pekat.