NASI TOMATO

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

3 cawan beras basmati dicuci dan toskan

6 biji tomato masak ranum

2 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 labu bawang Bombay – mayang

3 cawan air

½ cawan susu cair

2 keping daun bay

Sedikit minyak untuk menumis

1 kiub stok ayam

Garam secukup rasa

 

CARA:

  1. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau dan masukkan bawang. Tumis sehingga garing.
  2. Masukkan tomato dan daun bay serta tumis sehingga lembik lalu masukkan beras. Tumis seketika dan masukkan air, kiub ayam, garam dan susu. Kacau hingga rata dan masak sehingga nasi masak.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan