MINI PAI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN UNTUK KULIT PIE

250 gm mentega

125 gm gula kastor

500 gm tepung gandum

1 biji telur

 

CARA:

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan telur dan gaul hingga sebati.
  3. Bentukan adunan tadi didalam bekas pembakar.

 

BAHAN UNTUK INTI

3 biji epal

100 gm gula perang

1 sudu kecil serbuk kayu manis

½ cawan air

1 sudu besar tepung jagung

 

CARA:

  1. Kupas kulit epal dan potong dadu atau hiris.
  2. Di dalam periuk masukkan ke semua bahan dan kacau sehingga epal lembut.
  3. Pekatkan dengan tepung jagung yang dibancuh dengan air.
  4. Sejukkan sebentar.
  5. Letak inti epal di dalam kulit pai dan tutup dengan kulit pai di bahagian atas.
  6. Sapukan telur yang dipukul dibahagian atas pai.
  7. Bakar di dalam ketuhar sehingga warna kekuningan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan