SAYUR LODEH

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

20 tangkai kacang buncis ( dipotong pendek)
5 biji tauhu putih-potong 4
1 batang lobak merah- saiz sederhana & potong jejari
1 biji sengkuang saiz kecil- dipotong jejari
80 gm tauhu kering/fucuk- potong kecil dan rendam hingga lembut(tos kan)
1 biji terung panjang- potong dan rendam
3 keping tempe -potong kiub
1/4 biji kubis bulat- hiris
Sedikit suhun-potong pendek, direndam dan tos kan
1 batang serai- dititik
1/2 cm lengkuas -titik
1/4 sudu lecil serbuk kunyit
1.2 liter santan cair
400 ml pati santan
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN KISAR HALUS
7 ulas bawang merah
1 genggam udang kering, cuci dan rendam 10 minit
3 ulas bawang putih

 

CARA:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai dan lengkuas hingga harum, masukkan bahan-bahan yang dikisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
2. Masukkan lobak merah, sengkuang dan tempe. Gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan masak hingga bahan-bahan tadi menjadi lembut sedikit. Tambah tauhu kering/ fucuk. Masak sekejap lagi.
3. Masukkan kacang buncis (atau kacang panjang), sayur kubis dan terung, tambah juga suhun. Kacau perlahan dan jika perlu tambah sedikit air.
4. Apabila mendidih, masukkan pati santan dan tauhu.
5. Perasa kan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil. Masak sekejap dan rasa, jika sudah masak boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi impit atau ketupat, telur rebus, sambal tumis, sambal kacang dan serunding.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan