
BAHAN A ( KISAR):
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 batang serai- hiris nipis
10-15 tangkai cili kering- buang biji dan rebus
BAHAN B:
1 kg ayam- potong ikut selera anda
2 helai daun kunyit -carik atau hiris kasar
2 helai daun limau purut
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
3 sudu besar kerisik
2 senduk minyak untuk menumis
2 keping asam keping
CARA:
- Dalam kuali, panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. (Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.)
- Masukkan ayam, serai dan daun lima purut . Gaul rata dan biarkan masak seketika.
- Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit.
- Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. Perasa kan dengan garam dan gula secukup rasa.