RENDANG RAJA ( 10 HIDANGAN)

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

1 kg daging batang pinang-potong kiub (direbus dan dicarik halus)

3 sudu besar cili kisar

3 helai daun pandan

½  botol kicap manis

1 liter air rebusan daging

Gula melaka dan garam secukupnya

 

BAHAN KISAR:

1 labu bawang besar

5 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

4 batang serai

 

CARA:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging carik, gula melaka dan garam. Sebatikan dengan bahan kisar dan cili kisar yang telah ditumis tadi.
  5. Kemudian masukkan air rebusan daging dan kicap manis tadi.
  6. Kacau perlahan-lahan dengan api yang perlahan tanpa henti sehingga kering.
  7. Hidangkan setelah masak berserta hiasan.
  8. Boleh dimakan bersama ketupat nasi atau ketupat pulut ataupun lemang.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan