BAHAN:
10 biji belimbing buluh ( direbus)
½ cawan cili padi
2 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan dan dikupas
6 ulas bawang merah- ditumbuk
5 sudu besar kicap manis
1 cawan minyak masak
Garam dan gula secukupnya
CARA:
- Belimbing buluh dicuci sehingga bersih dan masukkan ke dalam periuk tanpa air dan reneh dengan menggunakan api yang kecil.
- Biarkan sehingga belimbing buluh tadi menjadi kecut dan mengeluarkan airnya, kacau selalu supaya belimbing buluh tadi tidak hangit dan reneh sehingga warna belimbing buluh tadi bertukar menjadi coklat.
- Tumbuk cili padi bersama bawang merah sehingga halus.
- Tumbuk juga belimbing buluh tadi menjadi separuh lumat.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan kesemua bahan tumbuk tadi dan tumis sehingga bahan tersebut menjadi garing.
- Tambahkan kicap, garam dan gula secukupnya. Biarkan sambal kering seperti serunding.
- Apabila sudah masak, angkat dan tos kan minyaknya.
- Sambal hitam ini boleh disimpan di dalam bekas kedap udara dan boleh juga disimpan dalam peti sejuk.