BAHAN:

4 batang jagung muda – hiris serong

½ biji lobak merah – potong bulat

½ biji bawang besar – potong bulat

2 sudu besar ikan bilis

1 tangkai cili merah – hiris memanjang

1 tangkai cili hijau – hiris memanjang

½ kiub pati ikan bilis

Garam dan gula secukup rasa

400 ml santan

 

BAHAN KISAR:

2 sudu besar ikan bilis

2 ulas bawang merah

½ sudu kecil lada hitam

 

CARA:

  1. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam periuk.
  2. Masukkan lobak merah dan kacau sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan bilis dan jagung muda. Kacau.
  4. Masukkan cili merah, cili hijau dan bawang besar.
  5. Masukkan garam, gula dan kiub pati ikan bilis.
  6. Sesuaikan rasa. Sedia dihidangkan.