BAHAN:

300 gm daging – potong kecil

3 ulas bawang merah – hiris

3 ulas bawang putih – hiris

1 cm halia – hiris

½ sudu kecil garam

1 biji tomato – belah empat

1 sudu besar kicap pekat manis

1 sudu besar sos tiram

4 batang jagung kecil – potong kecil

½ labu bawang besar – potong bulat

Minyak untuk menumis

 

CARA:

  1. Gaul daging dan garam, perlahankan api. Biar daging masak dan air kering.
  2. Masukkan minyak dan kacau.
  3. Masukkan bawang merah dan bawang putih serta halia.
  4. Bila bawang layu, masukkan kicap dan sos tiram. Kacau.
  5. Masukkan jagung, goreng hingga jagung layu.
  6. Masukkan tomato dan bawang besar. Angkat dan hidang.