BAHAN-BAHAN:

100 gm brokoli

100 gm kubis bunga

5 keping cendawan tiram

1 batang lobak merah – hiris

3 keping kacang sepat – hiris kasar

1 labu bawang besar – hiris

3 ulas bawang putih – hiris

1 tangkai cili merah – hiris

500 ml air

Sedikit serbuk lada hitam

Sedikit garam

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Jerang air sehingga mendidih. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan serbuk lada hitam.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan brokoli, kubis bunga, cendawan tiram, lobak merah dan kacang sepat.
  3. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan taburkan hirisan cili merah. Angkat dan hidangkan.