BAHAN-BAHAN

10 tangkai sayur kailan

200 gm lobak asin – hiris

1 labu bawang besar – hiris

2 ulas bawang putih – ketuk

1 tangkai cili merah – hiris

50 ml minyak masak

Garam

 

CARA PENYEDIAAN

  1. Sayur kalian dihiris kasar.
  2. Tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan lobak asin dan garam, tumis seketika sehingga wangi.
  4. Akhir sekali, masukkan sayur kailan dan hirisan cili merah. Kacau rata. Angkat dan hidangkan.