BAHAN-BAHAN:

1 batang timun Jepun – hiris

1 biji tomato – belah empat

3 tangkai cili padi – ketuk

1 labu bawang besar– hiris

1 tangkai cili merah – hiris

2 tangkai daun ketumbar – hiris

1 biji lemon

Sedikit minyak zaitun

Sedikit lada hitam

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan timun Jepun, tomato, cili padi, hirisan bawang besar, cili merah dan daun ketumbar. Gaulkan sebati.
  2. Tuangkan sedikit minyak zaitun, perahan lemon dan taburkan sedikit lada hitam.
  3. Akhir sekali, gaulkan ke semuanya sebati. Simpan seketika di dalam peti ais, sebelum dihidangkan.