1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.2. Selepas itu, masukkan cili kering dan tumiskan sehingga sedikit garing.3. Kemudian titikkan serai dan tuangkan pula air asam jawa.4. Masukkan daun limau purut, bunga kantan dan daun kesum.5. Perlahankan api dan masukkan kepala ikan jenahak dan biarkan seketika sehingga ikan masak sempurna. Perasakan dengan garam dan gula.6. Akhir sekali, masukkan terung panjang dan bendi. Sedia untuk dihidangkan.