BAHAN-BAHAN
1 labu brokoli
Sebatang Tahu Jepun
3 sudu besar tepung jagung
10 ekor udang
2 ulas bawang putih – cincang halus
3 sudu besar sos tiram
CARA MENYEDIAKAN
1.Tahu Jepun dipotong bulat-bulat kemudian disalutkan dengan tepung jagung dan goreng sehingga kekuningan dan toskan.
2. Kemudian tumis bawang putih hingga naik bau. masukkan udang dan juga sos tiram.
3. Setelah udang kelihatan sudah sedikit kemerah-merahan baru masukkan brokoli dan kacau supaya sebati dengan sos tiram tadi. Akhir sekali masukkan tahu Jepun dan angkat.