BAHAN-BAHAN
Satu ekor ikan siakap – bersihkan
1 inci halia muda – hiris halus
1 labu bawang besar – potong bulat
2 sudu besar perahan lemon
½ cawan air
1 sudu besar sos tiram
3 biji asam masin (asam boi
1 batang lobak merah – potong memanjang
Sedikit Daun Sup
3 ulas cili padi
Aluminium foil
CARA MENYEDIAKAN
1.Ambil ikan dan letak dalam aluminium foil.
2. Satukan semua bahan di atas ikan seperti halia muda, bawang, asam boi dan lobak merah, cili padi untuk dikukus.
3. Kemudian ambil sos tiram dan dilarutkan di dalam ½ cawan air. Curahkan keatas ikan tadi bersama perahan lemon.
4. Akhir sekali taburkan daun sup di atas ikan dan kukus sehingga masak.