BAHAN-BAHAN
1 biji buah betik separuh masak
15 tangkai cili padi – kisar
5 ulas bawang merah -kisar
3 batang serai – dititik
Semangkuk santan pekat
10 ekor ikan bilis – tumbuk dengan garam
CARA MENYEDIAKAN
- Sagat betik dan ramas bersama garam. Kemudian toskan.
- Masak santan bersama cili dan bawang. Kemudian masukkan serai dan biarkan kuah jadi pekat.
- Masukkan garam dan betik yang siap disagat tadi. Masak sehingga kering. Sedia untuk dihidangkan.