BAHAN-BAHAN:
1 paket roti sandwich
BAHAN INTI:
1 tin ikan tuna
2 sudu besar mayonis
2 ulas bawang merah – di potong kiub
1 biji cili merah – di potong kiub
½ sudu kecil jus lemon
Garam dan lada sulah – secukup rasa
Hiasan
Daun salad secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan semua bahan inti dan gaul hingga sebati.
- Ambil satu sudu inti tuna dan letakkan diatas permukaan roti sandwich.
- Letakkan daun salad diatas permukaannya. Gulung hingga padat.
- Simpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.