BAHAN-BAHAN:
1 paket biskut keju crackers
1 tin ikan tuna
2 sudu besar mayonis
2 ulas bawang merah – di potong kiub
1 biji cili merah – di potong kiub
½ sudu kecil jus lemon
Garam dan lada sulah – secukup rasa
Hiasan ; Daun salad, tomato – secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan semua bahan kecuali biskut keju crackers.
- Gaul hingga sebati. Ambil satu sudu inti tuna dan letakkan di atas permukaan biskut.
- Hiaskan mengikut kreativiti dan sedia untuk dihidangkan.