BAHAN- BAHAN :
6 keping puffpastry / pastri lapis
Bahan Inti:
300 gm ikan dori – dipotong kiub
1 labu bawang besar – dipotong kiub
1 batang leek – di hiris nipis
2 ulas bawang putih – cincang halus
3 sudu besar mentega
2 sudu besar krim UHT
1 sudu besar tepung jagung – dicairkan dengan sedikit air
Garam dan lada sulah secukup rasa
Bahan sapuan – Sebiji telur
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga harum, masukkan ikan dori dan semua bahan inti.
- Masak hingga agak pekat. Sesuaikan rasanya dengan garam dan lada sulah.
- Sapu telur disetiap pastri lapis dan letakkan inti . Tutup dengan satu lapisan lagi pastri. Sapu permukaan dengan telur.
- Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 180⁰C selama 35 minit atau keperang-perangan. Angkat dan sedia dihidangkan.