PAI IKAN DAN KENTANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

5 biji kentang russet – rebus dan dihiris nipis

300 gm isi ikan dori

50 gm kacang pis

50 gm batang saleri – hiris nipis

1 labu bawang besar –hiris nipis

2 ulas bawang putih – cincang halus

200 mlkrim putar UHT

250 ml susu segar

3 biji telur

100 gm keju mozarela

3 sudu besar mentega

3 sudu besar tepung gandum

Garam dan lada sulah – secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

1- Ikan dipotong dadu sederhana besar.Basuh bersih dan toskan airnya.

2- Panaskan tiga sudu besar mentega dan goreng bawang besar, batang saleri dan kacang pis, masukkan tepung gandum dan kacau rata.

3- Masukkan ikan, kacau sekejap, masak di atas api sederhana. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masak lebih kurang 5 minit. Angkat dan ketepikan.

4- Pukul susu segar, krim putar UHT dan telur. Ketepikan.

5- Dalam mangkuk kaca tahan panas masukkan bahan yang digoreng tadi dan susun kentang diatasnya.

6- Taburkan keju mozarela diatasnya permukaannya dan bakar dalam ketuhar pada  suhu 180⁰C selama 30 minit atau keperang-perangan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan