BAHAN
10 tangkai petai belalang muda – celur
BAHAN A
4 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1 cawan cili kering
Segenggam ikan bilis
Minyak masak untuk menumis
BAHAN B
1 sudu besar belacan bakar
3 sudu kecil gula
3 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan minyak masak
Sedikit garam
CARA
- Panaskan minyak, tumis ke semua bahan A hingga pecah minyak menggunakan api kecil.
- Kemudian masukkan ke semua bahan B. Kacau seketika sehingga rata.
- Enak dicicah dengan petai belalang rebus.