SAMBAL JERING

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN :

20 biji jering tua – tanggalkan kulitnya dan rebus hingga empuk – hiris nipis 1/2 cm

200 gm ikan bilis – goreng

4 sudu besar minyak

1 sudu kecil pati asam jawa

1 sudu kecil serbuk pati ayam

1 sudu kecil gula pasir

 

BAHAN HIRIS :

3 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

1 labu bawang besar

20 tangkai cili padi

7 tangkai cili hijau

3 cm halia muda – hiris halus seperti batang mancis

 

CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar serta halia hingga layu.
  2. Masukkan cili padi dan cili hijau. Gaul rata.
  3. Tambahkan pati asam jawa, gula pasir dan serbuk pati ayam.
  4. Masukkan hirisan jering dan gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng dan padamkan api dapur.
  6. Gaul bahan dalam kuali hingga sekata.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan