BAHAN :

400 gm  tetel – potong dadu

400 gm bawang besar – mayang kasar

400 gm cili hijau – hiris kasar

2 1/2 cawan santan cair

1 cawan santan pekat

1 sudu kecil pati asam jawa

4 sudu besar minyak

Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN KISAR :

3 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

2 cm halia

1 batang serai – ambil isinya.

 

CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili hijau dan bawang besar. Gaul sebati dan masak hingga layu.
  3. Masukkan daging tetel dan masak hingga daging berubah warna (layu).
  4. Masukkan santan cair (pastikan santan menutupi paras masakan) dan biarkan masak hingga mendidih. Kemudian perlahankan api dapur atau masak gunakan api sederhana. Tutup kuali.
  5. Setelah bawang dan cili hijau hampir hancur, masukkan pati asam jawa.
  6. Dan seterusnya masukkan santan pekat.
  7. Masak lagi sehingga pecah minyak.
  8. Perasakan dengan garam dan gula.