BAHAN
500 gm belimbing buluh
5 ulas bawang merah
20 tangkai cili padi
250 gm ikan bilis
Garam dan gula
Sedikit minyak masak
CARA
- Rebus belimbing buluh selama 8 jam, sehingga bertukar warna hitam dan kering. Ketepikan.
- Tumbuk ikan bilis, bawang merah dan cili padi sehingga separuh lumat.
- Panaskan minyak, tumis ikan bilis, bawang merah dan cili padi sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan belimbing buluh, kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rata. Kacau sehingga sambal hitam sedikit kering.