1. Pastikan terlebih dahulu, jenis tepung yang ingin digunakan mengikut resipi.

 

  1. Jika sudah pasti jenis tepung, pilihlah tepung yang berwarna putih bersih dan tidak berbau.

 

  1. Jangan lupa ayak terlebih dahulu sebelum digunakan untuk membuang sebarang kekotoran yang terdapat pada tepung.

 

  1. Jika terdapat kutu di dalam tepung, jangan panik. Ayak tepung dan kemudian jemur di bawah terik matahari, agar tepung tidak lagi lembap dan kembali kering serta boleh di gunakan.

  1. Tepung yang sudah digunakan, hendaklah di simpan di dalam bekas kedap udara. Kebiasaannya akan bertahan sehingga 6 bulan lamanya, bergantung pada cara penyimpanan.

 

  1. Ketika proses campuran tepung di dalam adunan, gunakan spatula. Teknik kaup balik ikut arah jam agar tepung sebati dengan sempurna.

 

  1. Lebih baik campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam adunan, agar ia rata serta sebati.

 

  1. Untuk mendapatkan tekstur kek yang lembut dan halus, gunakan tepung kek atau tepung naik sendiri.

 

  1. Untuk menghasilkan biskut yang rangup dan ringan, gunakan tepung biskut. Tepung biskut juga dikenali dengan nama tepung redrose atau tepung top.

 

  1. Boleh juga gunakan campuran tepung jagung untuk merangupkan biskut.