BAHAN
300 gm perut – bersihkan
3 ulas bawang merah – mayang
1 kuntum bunga kantan – mayang halus
1 sudu besar kerisik
1 biji limau nipis – ambil jus
Sedikit garam
BAHAN HIRIS HALUS
2 tangkai daun selum
2 tangkai daun pegaga
3 helai daun limau purut
5 tangkai cili padi
CARA
- Perut yang telah dibersihkan, direbus sehingga lembut. Ketepikan.
- Satukan semua bahan hiris halus, bunga kantan, bawang merah dan masukkan perut.
- Diikuti dengan kerisik, garam dan perahan air limau nipis. Gaul rata dan sebati rasa.