BAHAN
100 gm tepung beras
100 gm tepung ubi
750 ml air
Garam
BAHAN KUAH
300 gm isi ikan – tumbuk lumat
4 ulas bawang merah – tumbuk halus
2 ulas bawang putih – tumbuk halus
2 cm halia – tumbuk halus
150 ml santan
3 keping asam gelugur
Sedikit serbuk lada sulah
Air secukupnya
BAHAN SAYUR
5 tangkai kacang panjang – hiris
4 tangkai daun kesum – hiris
1 batang timun – mayang
Sedikit tauge – celur
Sedikit sambal belacan
CARA
- Bancuh tepung beras, tepung ubi bersama air dan garam, adun hingga sebati.
- Ambil sedikit adunan, lengserkan di atas loyang bulat atau penutup periuk. Pastikan adunan tidak terlalu tebal.
- Kukus sehingga masak selama 5 – 10 minit. Setelah adunan masak, gulung kemas. Ulangi proses ini sehingga adunan selesai.
- KUAH : Satukan bawang merah, bawang putih, halia, santan, asam gelugur dan air secukupnya ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan isi ikan, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau rata dan sebati.
- Hidangkan bersama bahan sayur yang telah dihiris halus.