SAMBAL GORENG BONDA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

60-70  tangkai cili padi kampung

6 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

Segenggam ikan bilis – tumbuk kasar

Minyak masak setengah cawan

Kiub ikan bilis

Garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN

1.Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.

2. Kemudian kisar kering cili, bawang merah dan bawang putih.

3.Tumiskan ke semua bahan hingga naik bau. Masukkan garam dan kiub ikan bilis. Goreng hingga garing.

4.Tambah minyak sekiranya terlalu kering.

5.Setelah sambal tadi benar-benar garing, baru masukkan ikan bilis dan gaul seketika.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan