BAHAN-BAHAN:
1 batang timun Jepun – hiris
1 biji tomato – belah empat
3 tangkai cili padi – ketuk
1 labu bawang besar – hiris
1 tangkai cili merah – hiris
2 tangkai daun ketumbar – hiris
1 biji lemon
Sedikit minyak zaitun
Sedikit lada hitam
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan timun Jepun, tomato, cili padi, hirisan bawang besar, cili merah dan daun ketumbar. Gaulkan sebati.
- Tuangkan sedikit minyak zaitun, perahan lemon dan taburkan sedikit lada hitam.
- Akhir sekali, gaulkan ke semuanya sebati. Simpan seketika di dalam peti ais, sebelum dihidangkan.