BAHAN-BAHAN:
2 ¼ cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
170 gm mentega
1 1/4 cawan gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
100 gm coklat – cairkan
70 gm kelapa parut kering
CARA MENYEDIAKAN:
- Ayakan bersama tepung, serbuk koko, garam dan soda bikarbonat.
- Pukul mentega dan gula sehingga gebu. Masukkan telur, esen vanila dan campuran bahan kering. Gaulkan sehingga mendapat doh lembut.
- Balutkan doh dan biarkan sejuk selama 1 jam.
- Canai kan doh, potongkan bentuk yang diingini. Bagi lapisan atas, potongkan bahagian tengahnya menggunakan acuan.
- Bakarkan dalam ketuhar untuk 10 hingga 12 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175⁰C. Biarkan sejuk.
- Celup kan dalam coklat cair dan taburkan dengan kelapa parut.