BAHAN-BAHAN:
125 gm mentega – dipotong dadu kecil
60 gm keju cheddar – diparut
50 gm keju parmesan – diparut
150 gm tepung
1 sudu besar gula aising
Bijan hitam secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pemproses makanan dan campurkan dengan cara “pulse” sehingga semua bahan bercampur sekata.
- Gunakan tangan dan bentukan doh lembut.
- Balutkan dengan plastik dan biarkan sejuk selama 1 jam.
- Canai kan dan bentukan biskut berbentuk bulat dan salut kan dengan bijan. Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180⁰C untuk 15 minit. Biarkan sejuk.