BAHAN-BAHAN:
125 gm mentega – dipotong dadu kecil
60 gm keju cheddar – diparut
50 gm keju parmesan – diparut
150 gm tepung gandum
1 sudu kecil paprika
1 sudu besar gula aising
50 gm keju cheddar – diparut
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pemproses makanan dan campurkan dengan cara “pulse” sehingga semua bahan campur sekata.
- Gunakan tangan dan bentukan doh lembut.
- Balutkan dengan plastik dan biarkan sejuk selama sejam.
- Canai kan doh dan bentukan biskut bunga. Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 185⁰C untuk 15 minit. Biarkan sejuk seketika.
- Taburkan dengan sedikit keju cheddar dan bakarkan lagi sehingga kejunya cair.