BAHAN-BAHAN:
125 gm mentega – potong dadu kecil
60 gm keju cheddar – parut
50 gm keju parmesan – parut
150 gm tepung
1 sudu besar gula aising
70 gm shortening
1 sudu kecil esen lemon
3 sudu besar gula aising
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pemproses makanan dan campurkan dengan cara “pulse” sehingga semua bahan campur sekata.
- Gunakan tangan dan bentukan doh lembut.
- Balutkan dengan plastik dan biarkan sejuk selama 1 jam.
- Canai kan doh dan bentukan biskut segi empat. Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 185⁰C untuk 15 minit. Biarkan sejuk seketika.
- Pukulkan shortening dengan gula aising dan esen lemon.
- Letakkan sedikit campuran shortening di tengah-tengah dua biskut dan tekankan sedikit.