BAHAN-BAHAN:
125 gm mentega – potong dadu kecil
60 gm keju cheddar – parut
50 g keju parmesan – parut
150 gm tepung gandum
1 sudu kecil paprika
1 sudu besar gula aising
50 gm inti beri biru
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pemproses makanan dan campurkan dengan cara “pulse” sehingga semua bahan dicampur sekata.
- Gunakan tangan dan bentukan doh lembut.
- Balutkan dengan plastik dan biarkan sejuk selama 1 jam.
- Canai dan bentukan biskut, tekan di tengah-tengahnya dan letakkan sedikit inti beri biru. Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 185⁰C selama 15 minit.