BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanila
1 biji kuning telur
100 gm parutan coklat susu
100 gm buah pear kering – cincang
Bahan ayak:
280 gm (2 ΒΌ cawan) tepung gandum
10 gm (3 sudu kecil) serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam
CARA MENYEDIAKAN:
- Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
- Kemudian masukkan kuning telur dan pukul rata.
- Seterusnya masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula.
- Selepas itu, masukkan parutan coklat susu dan buah pir kering. Kacau rata.
- Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
- Bakar pada suhu 160β°C selama 15 hingga 25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.