BAHAN-BAHAN:
200 gm mentega
80 gm gula aising
1 sudu kecil esen vanila
125 gm tepung gandum
60 gm tepung beras
130 gm rolled oats
Sedikit keju cheddar diparut halus
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan mentega, esen vanila dan gula aising dalam mangkuk, pukul hingga rata, tidak perlu kembang.
- Kemudian gaul rolled oats dan tepung hingga rata, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gaul hingga menjadi doh.
- Seterusnya bulat- bulatkan doh, bungkus dengan plastik dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Keluarkan doh, kemudian ambil secubit, bulat-bulatkan sebesar ibu jari, susun atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega dan tekan sedikit doh tadi dengan jari.
- Seterusnya isi dengan keju parut dan bakar dalam ketuhar pada suhu 175⁰C selama 20 hingga 25 minit. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.