BAHAN A:
125 gm mentega
125 gm marjerin
1 sudu besar shortening
160 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
BAHAN B (GAUL RATA)
300 gm nestum original
120 gm susu tepung
60 gm serbuk koko (ayak)
CARA MENYEDIAKAN:
- Gaulkan mentega, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.
- Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
- Masukkan bahan B secara perlahan-lahan dan kacaukan dengan senduk kayu sehingga sebati.
- Sudukan adunan kecil-kecil (sebesar guli) ke dalam loyang.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180⁰C selama 25 minit atau sehingga masak.