BAHAN A:
200 gm mentega
50 gm shortening
150 gm gula perang
BAHAN B:
40 gm putih telur
Bahan C (ayak bersama)
340 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil emplek (serbuk perangup)
10 gm serbuk koko
1 sudu besar serbuk kopi segera
Untuk Hiasan:
Bunga gula sakura
CARA MENYEDIAKAN:
- Pukul bahan A sehingga ringan dan kembang. Masukkan putih telur dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan bahan C dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan 2 jam atau lebih.
- Bulat- bulatkan biskut dan masukkan ke dalam cawan kertas. Panaskan ketuhar.
- Seterusnya, bakar pada suhu 150⁰c selama 15 hingga 20 minit.
- Setelah masak dan biskut sudah sedikit sejuk. Hiaskan dengan bunga gula sakura di atasnya.