BAHAN-BAHAN:
100 gm brokoli
100 gm kubis bunga
5 keping cendawan tiram
1 batang lobak merah – hiris
3 keping kacang sepat – hiris kasar
1 labu bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1 tangkai cili merah – hiris
500 ml air
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
- Jerang air sehingga mendidih. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan serbuk lada hitam.
- Apabila sudah mendidih, masukkan brokoli, kubis bunga, cendawan tiram, lobak merah dan kacang sepat.
- Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan taburkan hirisan cili merah. Angkat dan hidangkan.