BAHAN-BAHAN
300 gm suhun
1 labu bawang merah
5 sudu besar sos ikan
3 sudu besar air perahan limau
200 gm udang
2 sudu besar halia parut
1 biji timun
Sedikit tauge
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun pudina
½ cawan kacang tanah sangai
3 tangkai cili merah – cincang
1 batang lobak merah
Gula
Anda juga boleh menggunakan serbuk cili kasar bagi menggantikan cili merah
CARA MENYEDIAKAN
- Rendam suhun dengan air panas sehingga kembang dan toskan.
- Satukan sos ikan, halia, cili, perahan limau, gula dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan bawang. Biarkan seketika.
- Udang direbus dan toskan.
- Satukan kesemua bahan dan gaul sebati.