AYAM ALA AMERIKA LATIN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

300 gm anak ayam ‘spring’

1 sudu besar lada sulah

1 sudu besar cili kering mexico (jalapenochili)

1 sudu besar minyak masak

30 gm ubi kentang

10 gm sayur brokoli

10 gm bunga kubis

10 gm lobak merah

1 cawan sos perang (demi glace)

Garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Bersihkan ayam.
  2. Perapkan ayam tersebut bersama garam, lada sulah dan cili kering mexico(JalapenoChili)
  3. Kemudian panaskan pemanggang. Panggang ayam tersebut beberapa minit dan terbalikkan seketika sehingga masak.
  4. Ambil ubi kentang yang telah direbus kemudian buatkan kentang putar.
  5. Tumiskan sayur-sayur brokoli, bunga kubis dan lobak merah.
  6. Kemudian tuangkan ke atas pinggan dan hiaskan.
  7. Tuang sos perang untuk menambahkan perasa.
  8. Hiaskan hidangan bersama daun rosemary. Hidangkan.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan